1Malaysia: Kecemerlangan Melalui Kepelbagaian - Prosiding Seminar
Seminar yang diadakan 29 Julai 2009 lalu ini bertujuan untuk mengupas konsep 1 Malaysia dengan lebih tuntas agar ianya dapat difahami dan dihayati oleh semua pihak. Prosiding seminar ini telah dibahagikan kepada beberapa tema dan sub-tema yang merangkumi pelbagai aspek yang dipilih untuk dibincangkan. Segala pengetahuan, pandangan, cadangan dan saranan yang telah diberikan sepanjang Seminar 1 Malaysia telah disusun bagi memberi manfaat dan dijadikan rujukan.