1Malaysia Kecemerlangan Melalui Kepelbagaian: Verbatim Seminar
Buku ini merakamkan perjalanan seminar secara verbatim untuk memberi kefahaman yang lebih menyeluruh kepada anggota perkhidmatan awam dan para pemimpin masyarakat, mengenai konsep 1 Malaysia dan apakah peranan yang perlu dilakukan dalam merealisasikan matlamat tersebut. Seminar ini telah dapat menghasilkan idea-idea bernas bagi merangka strategi dan kaedah pelaksanaan terbaik dalam memastikan aspirasi Negara dapat dilaksanakan. Verbatim ini memuatkan semua pengetahuan, pandangan, cadangan dan saranan yang telah diberikan peserta sepanjang Seminar 1 Malaysia.