Suara Minda
Kumpulan sajak Suara Minda memaparkan coretan pengalaman, luahan perasaan serta gambaran pengharapan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa Dato’ Haji Ahmad bin Said berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam. Coretannya adalah berguna untuk pembaca memahami dan menyelami kehendak stakeholders yang mahukan penjawat awam memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta senantiasa melakukan penambahbaikan. Buku ini dapat memberikan buah fikiran dan inspirasi kepada penjawat awam untuk memberi perkhidmatan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.