Potret Q
Antologi Protret Q adalah usaha awal Dato’ Haji Ahmad bin Said atau nama samarannya ASKAT dalam menggarap pengalaman dan pemikiranya semasa berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan. Wahana penulisannya menerusi puisi telah memberikan satu kelainan dari yang biasa, iaitu apabila pembaca boleh menghayati dan menjiwai apa yang dirasai oleh ASKAT pada ketika beliau menulis puisinya.
Pengalaman yang diluahkan itu merupakan tamsil, teladan dan sempadan yang boleh diambil oleh para pegawai awam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Protret Q mampu member inspirasi dan dorongan untuk pembaca berfikir dan mengamati ruang-ruang yang perlu dipenuhi dalam member khidmat yang melebihi dari apa yang dikehendaki bagi mencapai kecemerlangan.