Meneraju Organisasi Memacu Modal Insan (Himpunan Kajian Kes INTAN)
Penggunaan kajian kes merupakan satu kaedah yang berkesan untuk pengajaran, pembelajaran dan latihan. Menerusi kajian kes ini, prinsip-prinsip pengurusan yang melibatkan peranan kepimpinan, penggubalan strategi, pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah dapat disampaikan secara lebih effektif dan menarik. Kajian-kajian kes yang diterbitkan ini, dalah merangkumi pelbagai tema yang berkaitan dengan pengurusan organisasi, pengurusan sumber manusia,pengurusan strategic, pengurusan kewangan, pengurusan projek, pengurusan perniagaan, pengurusan pengetahuan, kepimpinan, komunikasi, integrity dan kualiti hidup.