DASAR-DASAR NEGARA MALAYSIA JILID 2
Buku Dasar-Dasar Negara Malaysia Jilid Dua telah diterbitkan pada pertengahan tahun 2021 oleh Kluster Pengajian Dasar Awam dan Governan, INTAN Bukit Kiara. Penerbitan buku ini adalah kesinambungan daripada Buku Dasar-Dasar Negara Jilid Pertama yang telah diterbitkan pada tahun 2019 dan mengandungi sebanyak 14 dasar utama Kerajaan. Dasar-dasar tersebut disusun mengikut lima sektor utama iaitu: sektor ekonomi; sektor keselamatan; sektor infrastruktur, kesihatan dan pendidikan; sektor luar bandar, wilayah persekutuan dan kerajaan tempatan; dan sektor sains dan teknologi. Penerbitan Buku Dasar-Dasar Negara Malaysia Jilid Dua merupakan satu pendekatan dalam menyebarluaskan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan sebagai medium perkongsian maklumat bagi mendekatkan jurang antara orang ramai dengan Kerajaan.