Kepimpinan Transformatif: Menerokai Trajektori Baharu
Naskhah berjudul Kepimpinan Transformatif: Menerokai Trajektori Baharu merupakan himpunan (8) buah korpus ilmiah karya para Felo Penyelidik Kanan INTAN dalam mendiskusi bidang kepimpinan merangkumi model, teori, gaya, penjenamaan dan aplikasi – merentasi pelbagai spektrum dan dimensi, khususnya dalam perkhidmatan awam. Naskhah ini menawarkan perspektif baharu kepada penjawat awam dalam memahami dan mendalami pendekatan, pengaplikasian serta pengadaptasian model kepimpinan transformatif ke arah memperkasa penyampaian perkhidmatan awam.