Prosiding Seminar Pengurusan Berkesan Tanah Tinggi 19 Februari 2009
Buku ini merupakan langkah beterusan INTAN untuk memastikan pembuat keputusan sentiasa dibekalkan dengan maklumat yang terkini dan didedahkan dengan isu-isu yang seringkali dikaitkan dengan pembangunan di kawasan ini. Melalui seminar sebegini, INTAN cuba menampilkan sebahagian besar stakeholders yang terlibat secara langsung dengan pembangunan tanah tinggi serta membuka ruang kepada wacana isu dan permasalahan agar suatu keputusan serta cadangan dapat diketengahkan.