Kecemerlangan Pengurusan Kewangan dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Buku ini diterbitkan sejajar dengan usaha dan untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penjawat awam dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan yang lemah akan memberi ruang kepada isu negatif seperti penyelewengan, pemborosan dan pembaziran. Oleh itu semua yang terlibat dalam pengurusan kewangan perlu merancang dan menilai tindakan yang dapat menyelesaikan masalah dan mengatasi kelemahan yang dikenal pasti. Buku ini diterbitkan bagi membantu dan menjadi rujukan utama dalam menyelesaikan tugas mengendalikan pengurusan kewangan dengan lebih cekap, berkesan, amanah dan menyumbang kepada penambahbaikan sistem penyampaian dan meningkatkan keberkesanan tadbir urus organisasi perkhidmatan awam.